TERMA & SYARAT

Kos dan Bayaran
Setelah sebut harga disahkan, pelanggan diminta untuk membuat pembayaran penuh. Sebarang ciri atau fungsi tambahan yang tidak dinyatakan di bawah Fitur Pakej akan dikenakan bayaran tambahan. Bayaran tambahan akan dikenakan sekiranya pengubahsuaian susun atur & ciri laman web diperlukan oleh pelanggan setelah website di serahkan.

Penyiapan dan Jadual Setiap Projek
Tempoh standard setiap projek adalah minima 5 hari. Sekiranya dalam kes ini HamuWeb sibuk dengan banyak projek, mungkin memerlukan 2-3 minggu untuk disiapkan. Sebarang ciri atau fungsi tambahan yang tidak dinyatakan di bawah Fitur Pakej juga akan memperpanjang tarikh penyelesaian berdasarkan kerumitan ciri / fungsi yang diminta.

Flow Tempahan Website di HamuWeb

Fasa 1: Pemilihan Website Dan Pembayaran (Deposit / Full Payment).
Fasa 2: Penyediaan Konten Lengkap Dari Klien.
Fasa 3: S.W.O.T Analisis Berdasarkan Konten Yang Di Berikan.
Fasa 4: First Review Untuk Klien.
Fasa 5: Second Review Untuk Klien.
Fasa 6: Final Review & Final Design.
Fasa 7: Bayaran Akhir Dari Baki Deposit (Jika Bayar Separuh)
Fasa 8: Penyerahan Website & Latihan Penggunaan Kepada Klien
Fasa 9: Tempoh Sokongan (Support) Bermula Sebaik Sahaja Selepas Penyerahan Website.

Web Hosting dan Pembaharuan
HamuWeb tidak bertanggung jawab atas kelewatan atau masa turun, kerosakan atau kehilangan data yang disebabkan oleh Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP).

HamuWeb tidak akan memperbaharui akaun dan perkhidmatan pelanggan secara automatik setelah tarikh luputnya. Penyedia Domain / Hosting akan menghantar pemberitahuan e-mel kepada klien sebelum tarikh tamat perkhidmatan. Klien perlu memberikan pengesahan mengenai pembaharuan dan membayar yuran pembaharuan terus kepada penyedia Domain / Hosting, kegagalan melakukannya boleh mengakibatkan penamatan dan gangguan perkhidmatan yang berkaitan kepada website anda.

Polisi Bayaran Balik
Anda tidak berhak mendapat pengembalian wang jika anda berubah pikiran setelah anda membayar sebarang pakej laman web HamuWeb . Sekiranya kami menghentikan anda dari menggunakan perkhidmatan kami dengan alasan apa pun sesuai dengan terma perkhidmatan kami, kami tidak akan memberikan pengembalian wang untuk jumlah bayaran yang telah anda bayar kepada kami. Begitu juga jika anda menghentikan perkhidmatan kami dengan alasan apa pun, anda tidak berhak mendapat bayaran balik.

Sokongan (Support)
HamuWeb menawarkan latihan & sokongan kepada semua klien(Tertakluk pada pakej yang ditawarkan). Klien boleh menghubungi kami untuk mendapatkan bantuan . Latihan / Sokongan akan di berikan melalui chat support / email / aplikasi share screen.

Saya , Kami , HamuWeb Diatas Merujuk Kepada Laman Web https://hamuweb.com/